Monday, February 26, 2018

Tercipta untukku

 Ustazah , ustazah saya nak jawab jerit pelajar - pelajar kelas tahun 1 dinamik.

"Haa , Amir cepat jawab . Janganlah tolak - tolak Hakim tu ." kata Ustazah Husna .

Ustazah  , نمر = harimau 

Bagus Amir , awak boleh duduk . Ok sekarang siapa tahu apa maksud برتقال ?

" Saya ustazah " kali ini sambil terjengkit - jengkit Hakim pula bersungguh - sungguh menarik perhatian ustazahnya supaya memilih dia .

Baik apa jawapannya Hakim? lembut soal Ustazah Husna kepadanya .

"Oren" dia menjawab dengan amat yakin sambil menghadiahkan senyuman yang manis buat ustazah kesayangannya.

Bagus , pandai murid - murid ustazah ni balas Ustazah Husna.

Kringgggggggg📢📢📢 (loceng menandakan sudah tamat waktu persekolahan )
Para pelajar sudah berkemas tanpa disuruh .

"Assalamualaikum ustazah comel " kata Amir selaku ketua kelas , lalu semua pelajar mengikutnya memberi salam .

Tersenyum Ustazah Husna  mendengarnya . Ada - ada aja kamu semua ni . Semua pelajarnya salam lalu terus keluar dari kelas .







Panasnya cuaca hari ini singgah Barista Cafe lah kejap mana tahu terjumpa Raina dapat minum free . Lalu terus meluncur laju kereta Puteri membelah jalan raya Kuala Lumpur yang tidak pernah lekang dek orang lagi - lagi masa orang  tengah rehat macam ni. 


Puteri  masuk kedalam cafe itu lalu terus beratur untuk order air kegemarannya .

"Hai ustazah comel 👦" tegur amir dengan riangnya.

Hai , Amir tapi ustazah ajar kalau jumpe orang ucap apa ya ? Tanya Husna kepada  anak  muridnya dengan lembut sekali .

Hehe Assalamualaikum ustazah , jawab Amir sambil menggaru - garu kepalanya yang langsung tidak gatal itu .

Waalaikumusalam , Amir datang dengan siapa ini ? ramah Husna bertanyakan anak muridnya itu.

Amir datang dengan Acu , tu..... sambil tangannya menunjuk ke arah satu susuk tubuh tegap milik lelaki yang dipanggil Acu itu. Suara Amir yang kuat itu membuatkan lelaki itu berpaling ke arahnya dan tanpa diduga lelaki itu telah pun berjalan menghampiri mereka .

Amir , lamanya ambik straw , kata lelaki itu.  

Amir jumpa ustazah , Acu . Ni lah ustazah comel yang Amir selalu cerita dekat Acu . Comelkan Acu ? bersungguh - sungguh Amir menperkenalkan Puteri kepada acunya .

Haa ustazah inilah acu Amir , dia ni handsome , good looking tapi sayang xde awek . HAHAHAHA gelak Amir sambil memperkenalkan acunya kepada Puteri. 

Namun , Puteri dan acunya sedikit pun tidak ketawa  malah tidak lekang dari memandang satu sama lain.



"Cik , cik air cik dah siap " panggil seorang pekerja dikaunter itu . Lalu Puteri terus memberi salam kepada Amir dan acunya dan berlalu pergi untuk membuat pembayaran dan terus keluar dari kedai itu. Puteri terus meluncur laju dengan kereta Axianya menuju ke tepi tasik berhampiran rumahnya  . Puteri duduk di satu meja kosong menghadap tasik yang amat indah sekali permandangannya.


"Ziyyad , kenapa kau harus muncul dalam hidup aku lagi. Aku ingat semuanya sudah berakhir tapi .........Errggghhhhh. Aku dah penat dengan semua ni . Aku dah bahagia sekarang hidup dalam keluarga yang aman damai penuh dengan kasih sayang . Aku tak perlukan kau lagi Ziyyad . Aku tak nak jumpa kau lagi , tak nak ada apa - apa hubungan dengan kau lagi Ziyyad , aku tak pernah pun berharap kau kembali selepas apa dah jadi antara kita Ziyyad ." monolog Puteri tanpa diduga air jernih turut mengalir dari tubir matanya.



~FARMASI~


"Hey Ziyyad , kau ni sejak balik dari sekolah asyik termenung je . Kau pergi ambik Amir ke pergi dating dengan cikgu sekolah . " sergah Muiz dari belakang.

"Ambik Amir lah , ish kau ni kot ye pun aku nak dating tak kan lah dekat sekolah, apa class.''  balas Ziyyad bersahaja. 

Eleh ye ye je la kau ni, habis tu apahal kau duk termenung je dari tadi macam baru jumpa bidadari je gaya? 

"Aah Iz , aku memang baru jumpa bidadari tapi aku confius lah " jawab Ziyyad sambil tersandar memegang dagunya yang ada sedikit janggut .

Apa yang kau confiusnya Yad , bidadari muka macam Kajol ke ? ke Wany Hasrita ?

"Eii  kau ni , orang lain makan nasi jangan sampai kau makan kaki petang ni ." geram Ziyyad dengan kawan baiknya yang suka sangat loyar buruk itu.

"Abis tu ape yang kau confiusnya . Cepatlah citer ,"Muiz sudah berubah menjadi serius , hakikatnya dia memang tak sabar nak mendengar cerita kawannya  itu.

Ziyyad pun memulakan  ceritanya "Tadi lepas ambik Amir tu balik dari sekolah ,kami singgah kejap dekat Barista Cafe tu. Tiba- tiba  terserempak pula dengan ustazah Amir tu . Amir tu kenalkan nama ustazah dia tu Husna. Aku pun macam nthalah  betul ke tak ea ?

"Ape yang betul ke taknyan. Eii Ziyyad cer citer tu x payah buat unsur suspens sangat , aku tembak kau kang. " geram Muiz.

HAHAHAHA , geram lah 😝ni citer aku , kau nak dengar sabar.

ish yelah yelah cepat sambung .

Ustazah tu muka dia macamPuteri. 

We seriuslah, lama dah kan citer kau dengan Puteri senyap . Tiba - tiba pula dah Puteri nak muncul balik wow. Kecoh ni kalau Hydrax (nama batch ke-29zaman sekolah suatu ketika dahulu )tau .

"Iz........ kau ni, aku x abis cakap lagi kau dah sambung ergghhhh.Sabar jelh Ziyyad " Ziyyad mengurut dadanya sendiri .

HEHEHEHE lek la Yad , aku terexcited pula

"Dahlah abis citer  pergi sambung buat kerja kau sana ." Ziyyad menghalau Muiz  turun dari mejanya.

"Ala kau ni apa citer tergantung , nila aku nak tunggu sambungan dia ea? usik Muiz

Dah dah xde sambungan . Pergi sana main jauh -jauh

Tapikan Yad ntah - ntah Puteri jodoh kau kot . Yelah kan orang tua- tua cakap kalau dah jodoh x kemana.😚

Hmmm x kot Iz , lama sangat dah kami x berhubung . Ntah - ntah dia dahjadi isteri orang pun.

Mana kau tau dia isteri orang ? haa? haa? haa?

"Aku teka je , kau ni nak marah aku pula dah kenapa "Ziyyad baling pen ke arah Muiz.

Haa kau pun x tau status sebenar dia  kan , so trylah tackls dia balik . Kau  pun mesti sayang dia  lagi kan?

Hmm sayang tu memanglah sayang tapi aku x rasa lah dia boleh terima aku balik . Lepas apa yang aku dah buat kat dia tu. Xkan lah senang  - senng je dia nak maafkan aku. X mungkinlah 

 Belom cuba , belom tahu Yad , ntah- ntah dia pun masih simpan perasaan dekat kau . Dia tu kan ustazah xde nye dendam - dendam ni lain lah macam kau.

Eiii kau ni x abis - abis menyakitkan hati aku ni.

Betullah Yad, jangan pernah berputus asa bro lagi - lagi soal hati ni . Kau boleh tipu aku tapi kau x boleh tipu diri kau sendiri tau . Aku pergi dulu Yad lupa pula ada kerja nak buat." Muiz  tepuk bahu Ziyyad dan berlalu pergi dari situ .







~RUMAH~


"Puteri, Puteri turunlah . Jom makan aku dah masak ni. Cepatlah Puteri mestin hg dah rindu masakkan aku kan. Cepatlah turun ."laung Izara dari bawah

Yeye aku turun lah ni , wow sedapnya bau . Apa mimpi hg rajin masak banyak - banyak ni.

Hihi saja nak raikan aku dapat dekan sem lepas . Alhamdulillah yeayyyyy.

Yeke , alhamdulillah, tahniah Zara . Hebatlah hg tinggal lagi satu sem je kan ?hg kena pastikan dapat dekan juga tau. barulah puas dapat ANC terus nanti, Good luck Zara.

In Shaa Allah , kau doakan lah aku . X sabarnya  nak abis belajar boleh kawin.

Ish kau ni belajar x abis lagi dah fikir nak kawin , orang fikir kerja dulu.

Ala lek lah Puteri 2 in 1, hehehe. Bestnye lah dah kerja kan dapat pegangduit sendiri boleh berbakti kepada kedua orang tua dah . Aku ni bila lah nak dapat semua tu.

Ala sabar lah sikit , setahun  je lagi .

Aah betul ni sem akhir memang aku kena pulun habis - habisan . Nanti kau boleh panggil aku DOKTOR IZARA.wowww😍😍 

"Eiii  ,kalau x berangan sehari x boleh kan " cubit  Puteri kepada tangan sahabatnya itu.

"Auchh, sakitlah . Biaqlah nak berangan pun. 'Imagination is more important than knowledge ' tau. Izara menjelir lidah ke  arah Puteri .

Haa yelah , baguslah ada cita - cita tinggi.

Ehh Puteri  , hujung minggu ni jom pergi daki gunung nak ?  lama dah x pergi kan?

Haa boleh juga , jomlah . Aku pun  bosan je x buat ape minggu ni.

Haa ok bagus - bagus  nanti aku cari gunung yang best .






"Zara , aku ada bendalah nak share dengan hg  ni . " tegur Puteri yang tiba - tiba dan duduk atas katil Izara .

Apa dia ? citer jelah.

"Hmmm temgahari tadi dekat Cafe , aku terserempak dengan student aku , dan aku rasa pakcikdia tu Ziyyad" sambil mengetap bibir  Puteri memandang Zara yang terus berpaling menghadapnya itu.

"Seriuslah hg ni ?" tanya Izara kembali untuk mendapat kepastian .

Aku x tahu lah betul ke x ? tapi aku rase macam betul . Muka dia sebijik macam Ziyyad .

Hmm , hg masih berharap ke ? 

"Hmm x delah cuma . Ntahlah kenapa dia muncul balik we." sayu sahaja suara Puteri  membalas kata - kata Izara.

Aku x tau lah nak cakap apa . Tapi mungkin ada hikmahnya  kenapa dia muncul balik kan?
 6 tahun menghilangkan diri , tiba- tiba muncul kembali.

Aku x taulah we . Aku keliru dengan perasaan sendiri.

Apa kata hg istikharah  Puteri ? ite je jalan terbaik yang aku rasa hg perlu lakukan.

In Shaa Allah , aku cuba . Terima kasih Zara sudi dengaar luahan hati ini. Aku buntu sangat x tau dah nak berkongsi dengan siapa .

Lah kenapa cakap macam tu. Aku kan ada , apa guna sahabat kalau x membantu sahabatnya yang memerlukan pertolongankan.Tapikan Puteri kali ini hg jangan ego dah ye. Andai kata  memang dia jodoh hg cuba buka hati hg balik . Setiap orang berhak dapat peluang kedua kan? Melainkan dia yang sia- siakannya.

In Shaa Allah , oklah Zara aku nak masuk bilik dulu . Nak rehat, Bye . jangan study teruk sangat , reht tu penting juga tau.

"Baik boss." jawab Izara sambil mengangkat tangan didah sebagai tanda menurut perintah .







~ BROGA HILL~



"Puteri..... Cpatlah sikit lagi tu ," laung Izara yang sudah berjaya menawan puncak Broga hill untuk kali pertamanya itu.

"Kejaplah , aku memangla kurus tapi penat lah Zara ." rengus Puteri sambil berjalan layu menghampiri puncak itu.

Eiii, alu yang x kurus ni pun elok je , cepatlah Puteri sikit lagi.

"Yeayyyyy Zara , aku dah sampai ." jerit Puteri kegembiraan sambil memeluk sahabatnya , Izara.

Cantiklah permandanagn dekat atas ni Puteri.

Aah , indah sungguh ciptaan Allah ni kan . Haa aktiviti kita hari ini bagus tau sebab kita dapat mensyukuri nikmat ciptaan Allah SWT.

"Ye ustazah , Alhamdulillah . Tapi ustazah kena lah berterima kasih dekat saya sebab yang paksa ustazah sampai juga ke puncak ini."balas Izara dalam nada perlian manja.

"Yelah Zara , Thank you......" balas Puteri sambil ketawa bersama sahabatnya Izara .

"Puteri , apa plan hg nak cecah umur 25 tahun ni ? tiba- tiba Izara menanyakan soalan cepumas 

"Hmm nak plan apa ? teruskan hidup sebagai manusia normallah . X kan aku nak jadi itik🐣 pula " jawab Puteri main - main .

Hey itik , aku ketuk hg kang . Orang tanya betul - betul ni . Apa plan hg ?

"Plan apa permaisuri ?Cuba permaisuri terus terang , janganlah berkias dengan patik. " manja balas Puteri 

Hg kerja dah ada , kereta ada , rumah tu x pelah nanti hg kawin ade lah rumah . Hg x nak kawin ke  Puteri ?

uhuk uhuk uhuk , tunggu hg kawin dulu lah 

'Eii mana boleh , aku lambat lagi. Aku kena abiskan belajar dulu . Hg tu dah stabil , hg lah dulu . Hg sebenarmya xbuka lagi haty untuk mana- mana lelaki kan ?" duga Izara .

"Yup memang pun . Aku x tahulah Zara , Aku....... hmmm biaqlah ape nak jadi pun , ada jodoh aku kawin lah . Hg x payah lah risau ea."senyum Puteri sambil tangannya dari tadi menguis - nguis ranting kayu yang bersepah di atas tanah itu.

Aku bukan ape Puteri , selagi hg  xbuka haty hg untuk menerima mana - mana lelaki atau kembali pada dia sekali pun x pe. aku rasa serba salah , semua ni jadi sebab aku kan.

"Ish mana adalah Zara , Hg x salah pun. Dia yang buat keputusan , so inilah jadinya mungkin memang dah xde jodoh , tentang hg tu mungkin kebetulan je . " beria  Puteri memujuk Zara agar dia tidak terus - terusan menyalahkan dirinya .

"Aku harap hg kuat hadapi semua ni Puteri . Aku x sabar nak tunggu hari bahagia hg tu. Aku minta maaaf Puteri atas apa yang dah berlaku. " terdengar esakan kecil Izara didalam pelukan Puteri.

x , Zara . Aku x pernah salahkan hg atas apa dah jadi ini . Ini takdir Zara , aku redha untuk segalanya . Selepas hujan pasti akan muncullnya pelangi yang indah kan. In Shaa Allah  , aku akan kecapi pelangi tu. Sekarang ni aku hanya perlu bersabarkan .

"Eh Puteri , jomlah turun.  dah nak gelap ni .Sunset pun kte dah nampakkan.: ajak Izara 

Jomlah nanti gelap bahaya pula kan

Semasa menuruni gunung itu tiba - tiba 

"Puteri......." laung Izara yang melihat insiden Puteri yang bergolek jatuh akibat gagal  mengimbangkan badan .

"Zara , tolong aku , sakit " dalam tangisan Puteri memanggil Zara .

"Ehh , teruk kaki awak ni , Lutut pun berdarah ni " cemas seorang lelaki merapati tubuh Puteri.

"Puteri hg ok x ? Meh aku tolong angkat hg " laju terus Izara mendapatkan sahabatnya untuk dipapah namun Puteri lagi menjerit kesakitan .

"Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa , sakit Zara . Kaki aku sakit sangat x boleh bergerak . " balas Puteri yang dari tadi sudah basah dibanjiri air mata .

"Cik , biar saya tolong angkat dia , lagipun dah nak gelap ni . Bahaya pula kalau lambat sampai kaki gunung." pinta Ziyyad dengan sopan pada Izara. 

"Takpa lah encik saya boleh papah kawan saya " balas Izara yang terus memandang ke arah Ziyyad dengan wajah yang terus berubah terkejut kerana lelaki didepannya adalah Ziyyad yang menghilang hampir 6 tahun dari hidup Puteri . "Ziyyad ?"

"Zara ? Puteri?" balas Ziyyad

"Puteri , jomlah cepat turun . aku papah hg . Ataupun hg memang nak dia ni yang andkat hg?" sinis balas Izara 

"X , x hg papah aku Zara." jawab Puteri takut - takut.


Mereka teruskan perjalanan , namun Ziyyad tetap berada berhampiran mereka dibelakang kerana bimbang akan keselamatan dua orang rakannya itu jika hari semakin gelap dan mereka tidak keluar lagi dari hutan ini .

"Zara , berhenti tepi kejap . Aku x  boleh jalan dah , rehat kejap , please?" minta Puteri

Ziyyad terus merapati mereka dan bersuara " Puteri Husna , saya merayu biar saya tolong awak , kaki awak dah bengkak . Kalau awak teruskan berjalan , kaki awak akan jadi semakin teruk . Awak harus cepat ke hospital malah jika berlengah ini akan bahayakan keadaan awak berdua sahaja . 

Izara mengalah kerana dia tahu jika dia tetap berkeras dan pertahankan kemarahannya ini hanya akan merumitkan lagi keadaan . Puteri juga membenarkan kerana dia tidak tahan lagi untuk berada lama di dalam hutan ini memandangkan hari sudah pun gelap.


Ziyyad mengangkat Puteri sehingga masuk ke dalam kereta dan tetap mengekori kereta meraka ke hospital sehingga selesai segalanya.

"Terima kasih tolong saya " ucap Puteri kepada Ziyyad sebelum mereka berpisah pulang.

"Sama - sama , jangan lupa makan ubat tu . Zara drive carefully."sopan balas Ziyyad kepada mereka berdua . Zara hanya menganggukkan kepalanya tanpa sebarang kata .



Dalam pejalanan pulang tiba - tiba Puteri bersuara menghilangkan sunyi antara mereka  " Zara , hg marah Ziyyad lagi ke ?"

Izara memandang puteri sambil tersenyum  " Why should I mad at him ?"

Yelah atas apa dah jadi selama ni ? hg marah dia kan?

X lah , aku x marah pun . Apa hak aku nak marahkan ? Hg yang derita selama ni , kalau hg pun boleh maafkan dia . Kenapa tidak aku ?"

Zara macam mana kalau aku cakap aku memang nak dia kembali ?

"HAHAHA , aku tahu . Sikit pun aku x terkejut kalau hg cakap hg still nakkan dia sebab dah 6 tahun berlalu hg x pernah buka hati hg untuk sesiapa . And kan hg pernah cakap hg setia menujnggu dia . And now him back as you wish , right ? Kalau hg happy , aku pun happy Puteri ." balas Izara dengan senyuman yang pada Puteri dia amat memahami bahawa Izara cuba untuk terima Ziyyad kembali sebagai lelaki yang layak untuk mendampingi Puteri .

Terima kasih Zara , hg sentiasa ada untuk aku . Sejak aku jatuh sehingga aku mampu bankit kembali . Aku sayang hg sangat - sangat Zara .

"Aku sayang kau lebihlah Puteri 😉😘" balas Izara sambil mengenyitkan matanya .








Isnin , ini bermaksud Puteri harus lalui rutinnya sebagai seorang guru seperti biasa selepas seminggu bercuti . Bukan cuti saja - saja tau , cuti sakit yelah Puteri ni kan guru berdedikasi tau . Dia bangun awal harini sediakan sarapan untuknya dan Zara memandangkan Zara yang masih enak dibuai mimpi . Biasalah student kan kelas petang , pagi dia membuta dulu . Sebenarnya Puteri tahu Zara stay up pada waktu malam dan dia lah yang menjaga Puteri selama seminggu  ni . Jadi apa salahnya harini dia pula membalas jasa Zara kan. Puteri pergi ke dapur dan membuat sandwich . Separuh dia bawa bekal untuk makan disekolah nanti kerana dia tidak suka makan pada waktu pagi dan lagi separuh Puteri  tinggalkan dibawah tudung saji dengan nota kecil buat Zara yang tertulis 

"makan sandwich aku buat special untuk hg ni . Thanks jaga aku seminggu ni ."
  
                                                                                                        lots of love ,
                                                                                                         Puteri💙






"Ustazah.......... , kami rindu ustazah . " meriah sungguh kelas 1 Dinamik dengan jeritan pelajar - pelajarnya yang keriangan akan kepulangan ustazah kesayangan mereka kembali.

"Assalamualaikum , semua sihat ?" ucap ustazah Husna 

"Kami semua sihat ustazah , kaki ustazah dah elok ke? " laju sahaja Hakim bertanya akan keadaan kaki ustazahnya , namun kemusykilan terbit di wajah Ustazah Husna 

Ehh , macam mana kamu tahu kaki ustazah terseliuh ni ?

"Acu saya lah bagitahu ustazah. " jawab Amir yang membuatkan Ustazah Husna yakin bahawa memang Ziyyad lah yang dijumpai tempoh hari di cafe .

"Ouh " hanya itu yang mampu Ustazah Husna balas 

"Ok seminggu Ustazah xde awak belajar apa ?" Ustazah Husna cepat - cepat menukar topiknya dan meneruskan kelasnya seperti biasa .

Sebelum Puteri keluar meninggalkan  kelas , Amir laju menerpa ustazahnya lalu mengeluarkan sejambak bukan bunga tetapi chocolate buat ustazahnya .  "Acu suruh bagi ustazah . Dah seminggu Acu beli untuk Ustazah tapi ustazah x datang jadi Amir makanlah chocolate tu dengan Hakim . Ni Acu belikan baru suruh bagi Ustazah. Nah ambiklah " Amir menyuakan sejambak chocolate itu ke arah Ustah Husnanya.

Perlahan - lahan Puteri sambut huluran jambangan chocolate itu " Terima kasih , cakap dekat Acu awak x payah susah - susah belikan ustazah chocolate lagi tau "

"Tapikan ustazah , Amir rasa acu Amir tu suka dekat ustazah lah . Sebab hari - hari dia tanya tentang ustazah dekat Amir . Amir dah penat nak jawab , Amir suruh acu datang sekolah tanya ustazah terus "

"Haa , datang sekolah ? Ehh x perlulah , xde ape pun acu Amir tu nak tahu  ." jawab Puteri ketakutan , risau jika Ziyyad betul - betul datang sekolah macam yang Amir cadangkan .

"Siapa kata tiada apa - apa yang saya perlu tahu?" tiba - tiba muncul susuk tubuh seorang lelaki yang berpakaian serba hitam dengan cermin mata hitam dengan sejambak bunga ditangannya .

"Haa  Acu , ni ustazah . Acu tanya sendiri ea , ustazah sihat ke ? tinggal mana ? no telefon ape ? " jawab Amir selamba seperti tiada apa - apa yang berlaku .

"Errrr  Ziyyad , awak buat apa dekat sini ?" terketar - ketar nada suara Puteri menanyakan soalan .

Keadaan dalam kelas 1 Dinamik itu telah pun bising dengan suara pelajar - pelajarnya yang sibuk memuji ketampanan Ziyyad .

"Saya datang nak jumpa awaklah " sambil menghulurkan jambangan bunga yang dipeganganya itu .

"Terima kasih , tapi boleh x kita bercakap dekat luar kawasan sekolah? Saya x selesa dengan budak - budak ni " pinta Puteri setelah menyambut huluran bunga itu.

"Baik boleh , dah habis waktu sekolah pun kan sekarang ni ? so nak jumpa dekat mana?" balas Ziyyad beria sungguh.

"Awak tunggu saya dekat tasik sebelum sampai Barista Cafe boleh ?"Puteri ingin Ziyyad cepat - cepat pergi dari situ sebenarnya .

" Ok boleh , see you there . Assalamualaikum." balas Ziyyad lalu keluar darikelas itu bersama Amir anak buahnya.

Waalaikumusalam.









"Assalamualaikum" ucap Puteri yang baru tiba di tepi tasik itu

"Waalaikumusalam , duduk lah "pelawa Ziyyad 

"Apa yang awak nak cakap ? " tanya Puteri tidak ingin membuang masa 

" I'm sorry , I want you back "

Lama Puteri mendiamkan diri sebelum menjawab ringkas " Dah fikir masak - masak ke ?"

" Yes , I do. Saya tahu saya salah sebab fitnah awak bukan - bukan dulu . Saya menyesal Puteri . Saya x boleh terima orang lain Puteri. Saya hanya ingin awak Puteri . Boleh awak terima saya kembali ?" balas Ziyyad 

" Saya maafkan awak , soal jodoh tu saya serahkan semuanya kepada kedua orang tua saya . Saya minta maaf  . Assalamualaikum. " balas Puteri bersama senyuman dan terus berlalu pergi .




Sesampainya dirumah , Puteri terus mengurung dirinya didalam bilik dan melayan perasaan . Tiba - tiba telefonnya berdering panggilan dari uminya.



"Assalamualaikum Umi sihat ?" sapa Puteri 

Waalaikumusalam , alhamdulillah  sihat . Puteri macam mana ?

Alhamdulillah Umi , cuma kebelakangan ni sibuk sikit banyak kerja dekat sekolah tu .

Ouh , minggu ni ada aktiviti apa -apa ke dekat sekolah?

Takde apa - apa rasanya . Kenapa Umi?

Baguslah kalau xda . Umi nak Puteri balik boleh hujung minggu ni ? Ade orang nak datang meminang Puteri .

"Haa? meminang? biar betul ni Umi?" cemas Puteri mendengarkan kata - kata uminya itu.

Betullah kan Puteri juga cakap yang Puteri serahkan semuanya soal jodoh ni ditangan Umi dan Abah ?

Aah betullah tu . Oklah Umi hujung minggu ni Puteri ajak Zara balik  sekali .

Haa baguslah ada teman drive nanti . Ehh Puteri , Umi terlupa lah nak tutup api kat dapur . Umi letak dulu ye nanti balik kita sembang lagi . Assalamualaikum , jaga diri .

Umi juga jaga diri , Waalaikumusalam .






Puteri terus baring dan berfikir x mungkin lah Ziyyad yang pinang baru tadi jumpa x kan lah secepat itu . Mungkin memang jodoh aku dengan orang lain . Takpalah aku redha je . Pilihan Umi dan Abah mestilah yang terbaik . Laparlah pula, Puteri mengerling ke arah jam dinding sudah menunjukkan pukul 9 malam . Patutlah aku lapar , nak turun bawah dulu lah . Sesampai sahaja Puteri di meja makan terus diangkat tudung saji untuk melihat makanan yang sedia ada .


Eh , ada lauk ketam masak lemak lah , Zara masak kot ni , makan jelah .Zara mesti tengah struggle belajar sebab esok ada Quiz ni , x nak lah ganggu . 

Tengah sedap - sedap Putri makan tiba - tiba Zara menuruni tangga lalu duduk berhadapan dengan Puteri .

Eh , asal hg turun ? Bukan ke esok hg ada Quiz aku x de lah nak kacau , btw dah makan belom ? kalau belom jom makan sekali .  sapa Puteri 

Aku saja je turun ni nak minum air kejap, penat dah perah otak . Pukul 9;45 nanti aku sambunglah balik study.

Haa Zara , alang - alang hg ade ni aku nk bagitahu terus . Hujung minggu ni jom ikut aku balik kampung . Ada orang nak datang meminang aku . Kata Puteri acuh tak acuh

What ? meminang ? siapa ? asal hg tengok macam x kesah je ni . Balas Zara laju mengalahkan peluru berdas - das soalan keluar dari mulutnya .

Aah ada orang datang meminang , tapi aku x tahu siapa 😀. sengih Puteri seperti tiada apa berlaku

Hg biar betul orang nak masuk meminang ni maksudnya tak lama lagi hg bakal jadi isteri orang dah . Hg x kesah ke dengan siapa hg bakal kahwin ni Puteri ?

Rilex lah Zara , aku yang nak kawin bukannya hg . Aah aku x kesah pun dengan sapa sebab ape pilihan parents aku itulah pilihan aku juga so redha jelah, hehe.

Haa iyelah Puteri . Ok juga kan hg tahun ni dah 25 memang patut kawin pun , syukur alhamdulillah terbuka juga hati hg nak terima lelaki lain dalam hidup ni kan.

Hg doakan lah yang terbaik untuk aku Zara , so boleh tak hg ikut aku balik kg hujung minggu ni ?

Untuk hg apa - apa pun boleh Puteri 😉. Ehh dah lewat dah ni aku nak sambung study . Doakan aku Quiz esok dulu tau .Jerit Izara yang sudah pun berlari naik ke atas.

Good luck Zara , You can do it . muahhh💋. balas Puteri dengan menghadiahkan flying kiss.




Hari ini , hanya tinggal beberapa jam sahaja Puteri bakal bergelar tunangan orang . Namun siapakah dia yang bertuah tu masih lagi dirahsiakan dari pengetahuannya . Puteri amat cantik sekali  menggayakan   dress colur pastel soft green ditubuh langsingnya yang tinggi itu .Bunyi deruman kereta yang sudah berhenti di kawasan rumah membuatkan Puteri yang didalam bilik berhawa dingin itu menjadi menggigil kesejukan .

Zara , aku risau lah pula . Boleh tak kalau aku cancel kan aje pertunangan ni ? Aku x bersedia we . Ataupun hg ganti kn tempat aku nak tak Zara ? kata Puteri dalam keadaan gemuruh 

Hg gila apa aku nak gantikkan tempat hg . Rilex lah hg x tengok pu  lagi sapa bakal tunang hg tu . Mana tau handsome , x nyesal ke nak suruh aku gantikkan tempat hg ni ? Jawab Izara saja untuk mengenakan Puteri . Namun saat itu memang Puteri teramat gemuruh dan dia tidak hadamkan sedikit pun kata - kata Izara itu yang bagaikan masuk telinga kanan keluar telinga kiri itu.

Tiba - tiba pintu bilik diketuk kerana keluarga belah pihak lelaki ingin mneyarungkan cincin tunang ke tangan Puteri . Saat itu mulut Puteri yang tadinya ingin membatalkan pertunangan ini bagaikan telah digam , langsung tiada sepatah kata keluar dari mulutnya ,  hanya senyuman yang menghiasai wajah manis Puteri itu . 

Semua tetamu sudah pun pulang , kini Puteri telah pun bergelar tunang orang . Tempoh pertunangan mereka hanyalah 2 minggu sahaja atas permintaan pihak lelaki yang tidak ingin melambat - lambatkan perkara yang baik ini. Puteri langsung tidak bertanya siapakah tunangnya itu seperti  tiada apa - apa yang berlaku pada siang hari tadi. Walaupun hanya tunggu tangan disarung cincin sahaja untuk harini Puteri rasa hari ini amat meletihkan . Seusai solat isya' dia telahpun merebahkan tubuhnya diatas tilam empuk yang bersaiz queen itu. Tiba - tiba bunyi xylophone yang telah disetkan sebagai ringtone telefon Puteri berteriak minta diangkat panggilannya . Nombor yang tertera tiada nama bereti Puteri tidak mengenali pemanggilnya lalu panggilan itu dimatikan kerana dia malas ingin bercakap dengan sesiapa pun pada malam itu . Namun selang beberapa minit kemudian telefonnya kembali berdering  kali ini Puteri mengangkatnya bimbang jika mungkin ada perkara penting yang ingin disampaikan .

Assalamualaikum 

Waalaikumusalam , hai Puteri . Ni Ziyyad. Awak sihat .

Tercengang Puteri mendengar nama pemilik suara garau itu dan tidak semena - mena dia terus menjawab dalam nada serius kerana rasa tidak patut Ziyyad menelefonnya pada malam ini kerana fizikal dan mentalnya meronta - ronta minta  berehat lagipun dia kini telah pun bergelar tunangan orang jadi tidak manis untuk dia bergayut malam - malam ni dengan lelaki lain. " Maaf , saya penat harini . Saya tiada masa untuk menjawab soalan - soalan awak yang tidak penting itu . Dan untuk pengetahuan Encik Ziyyad saya dah jadi tunang orang , jadi saya harap sangat encik tidak ganggu saya lagi .

Cik Puteri Husna , kalau awak masih tidak boleh menerima saya kenapa awak terima pinangan keluarga saya tadi ? mendatar suara Ziyyad menyoal

Haa ? Awak ke tunang saya😥 ? jawab  Puteri tersekat - sekat 

"Xpe lah Puteri . Saya tunang awak pun awak langsung x ambil kisah . Awak penat kan , rehatlah ye . Saya x ganggu awak dah, Assalamualaikum " tanpa mendengar balasan orang disana Ziyyad terus mematikan telefonnya . Hiba rasanya kerna seperti hanya dia yang inginkn Puteri , namun Puteri seperti terpaksa menerima kehadiran Ziyyad dalam hidupnya.

"Waalaikumusalam" jawab Puteri walaupun talian telah lama dimatikan . Tanpa diduga linangan air jernih telah pun mengalir dari tubir matanya kerana menyesal yang teramat sangat atas kebodohannya sendiri . 

Sudah seminggu berlalu , Puteri kembali berkerja seperti biasa . Namun kini tiada lagi pesanan - pesanan manis yang Amir akan sampaikan dari Acu nya. Dan tiada lagi mesej atau panggilan dari Ziyyad . Puteri rasa serba salah terhadap perilakunya yang agak kurang ajar tempoh hari , namun egonya itu langsung tidak menurun walau sedikit . 


Hari yang ditunggu - tunggu telah pun tiba , kini Puteri sudah bersimpuh manis diatas karpet khas untuk pasangan pengantin itu . disebelah kanannya adalah Uminya dan disebelah kirinya adalah Izara yang setia menemaninya selama ini . Aku terima nikahnya Puteri Husna binti Abdullah dengan mas kahwinnya seutas gelang tangan . Dengan sekali lafaz Puteri kini telah sah bergelar isteri buat Ziyyad . Upacara membatalkan wudhu dilaksanakan seusai Ziyyad melakukan solat sunat syukur . Selepas itu sesi bergambar pasangan pengantin  bersama keluarga dan semua keluarga dijemput menjamu juadah yang disediakan diluar masjid . Selepas selesai majlis untuk malam ini , semua bergerak balik kerumah dan homestay masing - masing kerana  esok barulah majlis kenduri kahwin akan berlangsung .  Sejak dari tadi Puteri dan Ziyyad masih tidak bersuara melainkan bila disapa oleh ahli keluarga , Puteri rasa inilah masa yang tepat untuknya meminta maaf atas kesalahannya yang biadap tempoh hari semasa menjawab panggilan telefon Ziyyad itu . Ziyyad baru sahaja masuk kebilik setelah ruang tamu rumah keluarga mertuanya  lengang . Tanpa menghiraukan Puteri yang duduk diatas kerusi meja solek itu  ,Ziyyad membuka beg pakaiannya untuk menukar baju melayu yang tersergam indah ditubuhnya itu . 

"Ziyyad " panggil Puteri 

"Iye , kenapa " jawabnya bersahaja .

Boleh saya cakap sikit .

Hmm , cakaplah cepat . Saya nak mandi ni .

Haa , x pelah pergi mandi dulu . Saya tunggu .

"Cakap jelah dulu , apa dia sayang? " nakal Ziyyad membalas , kerana dia tahu pasti Puteri tidak selesa dipanggil begitu .

Hmm , saya nak minta maaf sebab kurang ajar waktu jawab panggilan awak hari tu.

"Ouh , sokay . " balasan Ziyyad itu tidak dapat diduga Puteri , fikirnya Ziyyad ingin memarahinya namun jauh sekali apa disangkalnya .

" Haa , awak x marah ke ?" Jawab Puteri dalam keadaan tercengang.

X😎

Tapi kenapa awak langsung x nak bercakap dengan saya dari tadi .

Memang saya x marah tapi saya nak awak belajar rendahkan ego tu juga sebab tu saya berdiam . I'm sorry too .

May i ask you one more question ?

Yes , you're

Why u still choose me as your wife ?

Kerna saya rasa awak memang tercipta untukku . I love you , dan saya x nak kehilangan awak untuk kali kedua lagi sebab tu saya terus meminang awak dan saya bersyukur awak terima even awak x tahu pun siapa saya .

Sorry , saya buntu waktu tu .

Xpelah ,  mulai harini kita mula hidup baru as husband and wife , alright honey ?

Puteri hanya membalas dengan anggukan sambil terseyum  buat yang halal baginya , Muhammad Ziyyad bin Azmi .


~TAMAT~