Wednesday, January 25, 2017

Maafkan saya sayang (part 1)




" Doktor Nurin , ada orang nak jumpa ." panggil nurse yang berada di kaunter seraya menunjuk ke arah seorang lelaki muda.
"Ada apa - apa yang boleh saya bantu encik ?" kataku dengan tenang kepadanya.
"Boleh kita jumpa doktor ?" balasnya.
"Sure , jom jumpa dekat cafe bawah ." kataku lalu beriringan berjalan dengannya .



"Nurin , dah 5 tahun awak bawa diri . Tolong jangan pergi lagi ."

Aku haya menghadiahkan senyuman manis buatnya . Dia adalah lelaki yang pernah muncul dalam hidupku . Dia amat bermakna buatku .Tetapi kerna satu perkara yang masih aku rahsiakan dari pengetahuannya membuatkan aku terpaksa pergi darinya.

"Nurin , please jangan pergi lagi?"
"Iqram saya ada sebab saya sendiri , kenapa saya pergi. Awak tak perlulah tunggu saya lagi . Ramai lagi perempuan yang lebih baik dekat luar sana tu , yang lebih layak  untuk dicintai , dan orang itu bukan saya ."
"Nurin yang saya kenal bukan macam ni tau. Nurin yang saya kenal sentiasa nak jelaskan sesuatu perkara. Dia tak suka salah paham . Mana perginya Nurin tu? Answer me Nurin!"
"Nurin awak dah mati Iqram. Dah mati ."

Perpisahan 5 tahun dah banyak mengajar aku menjadi lebih tabah , lebih berdikari dan kuat menghadapi hari - hari mendatang .Aku tak sanggup melihat  orang yang aku sayang sakit . Cukuplah sekali , aku tak akan ulangnya lagi.

"Ok Nurin, take your time . Think about it again. Nah ambil ni . Ni je yang saya mampu  beri pada awak. Happy Birthday sayang ." Dia menghulurkan satu beg kertas berwarna  hitam yang tampak amat "elegant" kepadaku seraya berlalu pergi meninggalkan aku disitu .



Aku duduk di  bilikku lantas aku melihat isi kandungan beg kertas itu .Tanpa diduga air mataku mengalir laju terus ke pipi . BUNGA. Sejambak bunga dihadiahkan kepadaku . Selepas itu aku masih lihat ada satu kotak berwarna biru lembut kesukaanku di dalam beg kertas itu. Aku buka kotak itu tanpa dipinta lagi air mataku semakin deras mengalir di pipiku ini . HERSHEYS . Hersheys white chocolate with cookie bits kegemaranku , dan seutas rantai emas . Di bunga tersebut terselit satu kad kecil yang tertulis .

"Saya sayang awak sampai syurga ."

Tanpa diduga mulutku membalas ucapan itu dengan senyuman manis terukir di bibir  bersama linangan air mata yang tidak puas membasahi pipi .

"Saya sayang awak juga ."




Aku mengerling ke arah pergelangan tanganku .Jam sudah berginjak ke pukul 5 petang .Seharian bekerja amat memenatkan . Lantas aku mengambil tas tanganku lalu beredar keluar dari bilik untuk pulang ke rumah .

"Nurin !"  panggil rakan sekerjaku Rania.
"Ye Nia , awatnya ?" balas aku sambil menjongketkan sebelah kening.
"Ni nak ingatkan hang , jangan lupa datang malam ni pukul 9 dekat Barista Cafe . Nabil susah payah tau buat preparation untuk birthday hang ni . Jangan buat perangai tak datang pulak ."
"Ya Nia , aku datang tak payah lah risau sangat. Haishh dye ni ." balasku dan diakhiri dengan ketawa kecil .



Tepat pukul 9 malam , aku tiba di Barista Cafe . Hati ini sebenarnya terasa berat untuk pergi namun kerna tefikir susah payah kawan , aku akurkan sahaja . Aku masuk kedalam cafe itu lalu semua yang berada disitu terus menyanyikan lagu "SELAMAT HARI JADI" buatku . Aku gembira , bersyukur kerana Allah masih memberi aku terus bernyawa sehingga umurku 24 tahun ini . Aku memakai dress berwarna kuning cair mengikut tema yang mereka tetapkan . Sedang aku menjamu selera bersama kawan - kawanku yang lain , tiba - tiba Nabil meminta perhatian kami semua . Dia bediri betul - betul dihadapanku seraya melutut dan memegang bekas cincin lalu berkata

"Sudikah dikau menjadi permisuri yang bertakhta di hati beta , wahai tuan puteri Nurin Arissa."

Aku lantas berdiri dan dengan perlahan berkata

"Saya minta maaf , saya tak boleh terima lamaran awak ini . Saya betul - betul minta maaf."
"Tapi kenapa Nurin ? Awak dah ada orang lain ke ? Apa lebihnya dia dari saya Nurin ? Apa Nurin?"
"No , I don't have anyone , but i'm sorry . I really can't accept you . You deserve get someone better than me . I'm really sorry Nabil . Tapi kita tetap sahabatkan ?" kali ini aku balas dalam tangisan .
"Hmm , tak apa lah  .Itu keputusan awak . Saya terima . Walau apa pun kita tetap sahabat ." balasnya dengan  senyuman kelat .

Semua yang berada di situ terdiam melihat kami . Nabil menyuruh yang lain meneruskan aktiviti mereka , lalu dia keluar dari Cafe itu .

Aku mengikutnya dari belakang . Aku lihat dia berdiri di tepi dinding sambil memandang ke langit . Aku menghampirinya .

"Nabil " panggilku .
"Ehh Nurin , buat apa dekat sini ?"balasnya .
"Saje . haha tak ada lah . Terima kasih sebab buat semua ini untuk saya ."
"X de hal la , awak kawan saya kan ? Kawan dari kecil . Terpisah macam mana pun kita akhirnya berjumpa juga . Jodoh kita kuat  haha ."
"Haha ,tengok bintang tu  Cantikkan ? . Saya nak jadi macam bintang tu menghiasi langit untuk tatapan semua orang . Cantik sangat . "
"Aah bintang tu cantik sama macam awak ."
"Eleh , nanti kan kalau saya x ada , doakan saya tenang di sana ok  . Kalau awak tengok bintang pun doakanlah saya ." kataku ambil tersenyum tawar
"Kenapa awak cakap macam ni Nurin ? Awak ok x ? "
"Saya ok lah . Janganlah risau . Ehh dah pukul 11 lah . Saya balik dulu ea . Terima kasih untuk malam ini ."
"Nurin ,cincin ni saya memang beli untuk awak . Anggaplah ni sebagai hadiah birthday dari saya ."
"Ok . Thanks ."

Aku ambil cincin itu dan aku letakkan sekali bersama rantai yang Iqram hadiahkan lalu aku pakai di leherku semasa di dalam kereta .

















No comments:

Post a Comment